Datuk Jimmy (kanan) turut menerima Kad Ucapan Selamat Tahun Baru disampaikan Datuk Abidin diperhatikan sebahagian rombongan.
RANAU: Lebih 100 pemilik premis di pekan di sini telah dikunjungi Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.38 Paginatan, Datuk Abidin Madingkir sempena program ‘Walkabout’ sambil menyampaikan Kad Ucapan Selamat Tahun Baru Cina (CNY) 2022 pagi tadi .
Turut mengiringi Datuk Abidin ke program tahunan itu ialah, Pengerusi Persatuan Hakka Ranau, yang juga Kapitan Cina DUN Paginatan, Datuk Jimmy Tham Yuk Leong bersama para Ketua Adat (Ketua Kampung), Wanita Star, Pemaju Mukim dan Pengerusi JPKK DUN Pagintan.
Abidin ketika, ditemui memberitahu program seumpama itu, adalah bertujuan untuk bertemu mesra dengan orang ramai khususnya kepada para peniaga sambil mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina moga perpaduan sedia terjalin dapat dikekalkan.

Rombongan Walkabout CNY DUN Paginatan merakam gambar bersama Datuk Abidin (tengah)
“Kunjungan seperti ini, adalah juga diharapkan memupuk persaudaraan dikalangan masyarakat Cina dengan penduduk setempat moga semua berjaya dalam apa juga bidang perniagaan yang diceburi”, jelas Datuk Abidin.
Beliau mengharapkan agar apa juga perayaan seperti Hari Raya, Krismas, Hari Gawai, Pesta Kaamatan dan sebagainya dijadikan sebagai landasan perpaduan tanpa mengira agama, suku kaum dan idologi politik.
“Sekarang ini masih lagi kita berhadapan dengan pandemik Covid-19 justeru saya menyeru penduduk daerah ini khususnya di DUN Paginatan agar sentiasa mematuhi SOP yang yang ditetapkan kerajaan bagi mengekang jangkitan Covid-19.”, tambahnya.
             Â



