27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Abidin akan berusaha pastikan jalan tidak berturap dinaik taraf.

OLEH CLEO WILL

RANAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan Datuk Abidin Madingkir berkata, beliau akan berusaha untuk mempastikan jalan tidak berturap di Kg Longut Lama, dinaik taraf demi kebaikan penduduk di sini.

Beliau berkata kos pembinaan dan naik taraf jalan di Kg.Longut Lama termasuk seluruh kawasan Paginatan melibatkan kos berjuta-juta Ringgit.

TINJAU…Abidin (kedua kiri) meninjau jalan di Longut Lama

Katanya, melalui peruntukan tahunan Adun yang terhad, sudah pasti tidak dapat menyelasaikan sepenuhnya masalah jalan tidak berturap di kawasan Paginatan.

“Bagaimanapun selaku wakil rakyat kawasan ini, saya akan terus berusaha untuk memperoleh peruntukan daripada sumber lain seperti Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Pejabat Ketua Menteri.

“Untuk rekod, jalan raya sepanjang 9 kilometer menghubungkan Longut Lama dan jalan utama sebelum ini diselanggara di bawah satu syarikat konsesi, tetapi saya akan berbincang dengan JKR mengenai status jalan pada masa ini,” katanya ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kg Longut Lama pada  Jumaat.

SELAMAT TINGGAL STAR… Abidin bersama bekas ahli STAR Kg.Longut Lama yang menyertai UPKO

Kg Longut Lama, yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Pekan Ranau, mempunyai kira-kira 157 penduduk dengan 30 buah rumah.

Sementara pada majlis tu, kira-kira 36 bekas penyokong STAR Sabah di kampung itu diketuai bekas Ketua Cawangannya, Dick Kanis, bertindak keluar parti dan menyertai UPKO. Borang keanggotaan disarahkan kepada Abidin yang juga Naib Presiden UPKO.

Abidin(tengah) menerima cenderahati pada majlis itu

Menurut Dick, dengan penyertaan mereka ke dalam parti itu akan memperkukuhkan kedudukan UPKO di kampung itu yang telah kalah sebanyak kira-kira 30 undi di sini semasa Pilihan Raya Umum yang lalu.

Dalam majlis itu, Dick menyatakan bahawa keyakinan mereka terhadap kepimpinan yang ditunjukkan oleh Abidin serta parti UPKO yang berjuang untuk hak-hak rakyat, telah menyebabkan mereka akhirnya menyertai parti itu.

Turut hadir ialah CDO Paginatan Jipili Sigal, Ketua Anak Negeri (KAN) Dualis Porodtong, Pengerusi MPKK Kg Longut Lama Marlina Jani, Ketua Kampung Balang Apin dan pegawai-pegawai lain dari Pejabat Adun Paginatan. -TAMAT-

ABIDIN( tengah) bergambar bersama rombongan dan pemimpin tempatan pada majlis itu.
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN