Ghani bersama rombongan semasa meninjau bazar Ramadan di tamu Nabawan.
NABAWAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin menyantuni dengan mengunjungi penjaja dan pengunjung di bazar Ramadan pekan Nabawan pada petang Isnin lepas.
Dalam kunjungan itu Ghani bertemu dengan pengunjung sambil membayar bahan-bahan makanan dan minuman persiapan berbuka puasa yang diambil oleh beberapa pengunjung yang terserempak dengan beliau dan rombongan di bazar Ramadan itu.
Beliau juga menyerahkan baki pembelian kepada para penjaja sebagai titipan
Menurut Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS), beliau berkunjung di bazar Ramadan sambil berama mesra dengan para penjaja dan pengunjung sementara menunggu waktu berbuka puasa.
Katanya, kunjungan di bazar Ramadan ini adalah salah satu daripada program ziarah sepanjang bulan Ramadan ini.
Selepas berkunjung di bazar Ramadan Ghani dan rombongan ke Surau Kampung Loboh untuk Iftar Ramadan bersama kampung sambil menziarahi keluarga Sigar Rimin yang ditimpah bencana kebakaran rumah baru-baru ini.
Bagi meringankan beban keluarga itu, Ghani menyumbang bahan-bahan binaan yang bernilai RM20,000 untuk membina rumah semula.
Selain itu beliau juga menghulurkan sumbangan wang tunai RM2,000 untuk keperluan anak-anak keluarga yang terlibat dalam kebakaran rumah kerana semua pakaian seragam dan peralatan sekolah mereka musnah terbakar.
Turut sama dalam program ini Ketua Wanita, serta AJK Wanita dan AJK Pemuda PGRS Bahagian Nabawan.