KUCHING: Seorang guru wanita dijumpai mati dipercayai terjun dari tingkat tujuh sebuah kondominium di Jalan Wan Alwi di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani mengesahkan melalui satu kenyataan pada Isnin, mangsa berusia 56 tahun itu dijumpai sekitar jam 7.37 pagi oleh orang awam.

http://www.wasap.my/60128648928/hubungiAJSManagement
Menurut Awang Din, berdasarkan keterangan kakak mangsa, 58, adiknya itu suka melancong pada musim cuti persekolahan menghadapi kemurungan apabila tidak dapat pergi ke mana-mana ketika ini.
“Hasil pemeriksaan awal pegawai perubatan dari Hospital Umum Sarawak (HUS) mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Tubuh mangsa, jelasnya lagi, berada dalam keadaan terbaring di atas tanah berhampiran halaman kondominium berkenaan oleh pihak polis yang tiba di lokasi.
Jelasnya, tiada unsur jenayah disyaki dalam kejadian ini dan kes disiasat sebagai mati mengejut. –SarawakVoice



