ADVERTISEMENTspot_img

Kerajaan Negeri Perkenal OBI Bina Pentabiran Kalis Rasuah – Hajiji

Zainudin (dua dari kiri) ketika menyampaikan cenderahati kepada Hajiji (tengah).4

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah memperkenalkan Aspirasi Integriti Berasaskan Keberhasilan atau Outcome-Based Integrity (OBI) sebagai pendekatan baharu untuk membina ekosistem pentadbiran yang berdaya tahan dan kalis rasuah.


Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, aspirasi itu membuktikan tadbir urus berasaskan keberhasilan adalah formula paling ampuh dalam membina ekosistem pentadbiran yang berdaya tahan dan kalis rasuah. 

“Menerusi OBI, setiap instrumen Governans, Integriti dan Antirasuah wajib membawa keberhasilan nyata (tangible outcomes).


“OBI memberi tumpuan kepada tiga teras utama iaitu pengurangan ketara risiko ketirisan dan penyelewengan fundamental, kecekapan dan ketelusan penyampaian perkhidmatan awam serta peningkatan ketara tahap kepercayaan rakyat (Public Trust Index) dan pelabur.


“Tadbir urus tidak lagi bersifat reaktif sebaliknya berasaskan formula 3P iaitu Proactive, Predictive and Preventive dengan mencegah sebelum berlaku berdasarkan penilaian risiko nyata.

“Birokrasi yang tidak teratur adalah sarang paling subur bagi gejala rasuah dan wang rasuah rundat (quick money). 


“Setiap ringgit dana awam yang dibelanjakan mesti  memberikan ‘value for money‘ yang maksimum terus kepada kesejahteraan rakyat tanpa susut nilai di tengah jalan,” katanya 

ketika merasmikan Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah (KITA) 2026, di sini, pada Isnin.Menurut beliau, Kerajaan Negeri komited melaksanakan tiga teras strategik, termasuk memperkasa digitalisasi, analisis data dan wawasan tingkah laku selain menginstitusikan OBI dalam penilaian prestasi agensi.


“Pengukur keberhasilan OBI akan dijadikan sebahagian daripada Petunjuk  Prestasi Utama (KPI) tahunan bagi semua Ketua Jabatan dan kepimpinan syarikat Kerajaan Negeri, manakala prestasi pentadbiran diukur mengikut tahap pengurangan  risiko ketirisan dan kecekapan perkhidmatan.


“Kerajaan Negeri juga akan memperluas pemerkasaan Pegawai Integriti  Bertauliah (CeIO) dan memperkukuh fungsi Unit Integriti bagi membina ekosistem kepimpinan berintegriti generasi baharu.


“Selain itu, integriti bukan sekadar perhiasan kata, sebaliknya tiang utama yang mendasari kejayaan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Menerusi pemantapan pengurusan Governans, Integriti dan Antirasuah yang dipacu oleh inisiatif berasaskan keberhasilan, integriti bukan lagi slogan atau retorik moral semata-mata, tetapi teras utama yang memacu kejayaan pelan pembangunan SMJ.


“Integriti adalah enjin penggerak, memastikan setiap dana awam dan setiap dasar  kerajaan memberikan nilai pulangan optimum serta impak nyata kepada rakyat, tanpa  sebarang ketirisan mahupun penyelewengan,” jelasnya.


Hajiji berkata, integriti tinggi dalam kalangan penjawat awam adalah kunci utama  kejayaan pelaksanaan Pelan Pembangunan Hala Tuju SMJ 2.0 (2026–2030) yang menggariskan Tadbir Urus Berintegriti sebagai salah satu daripada lima Pemboleh Daya Strategik utama. 


Menurutnya, dalam fasa baharu itu, aspek penyampaian perkhidmatan tidak lagi sekadar dinilai melalui laporan atas kertas tetapi berdasarkan impak nyata terhadap kesejahteraan rakyat.


Dalam majlis tersebut, lebih 2,500 peserta dari seluruh negeri menghadiri Konvensyen KITA 2026 yang berlangsung selama dua hari, mencerminkan kesatuan tekad kolektif dalam memperkukuh pengurusan Governans, Integriti dan Antirasuah (GIA).


Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya, Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab./Penerangan–

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN