ADVERTISEMENTspot_img

Masiung gesa MetMalaysia pasang sistem amaran awal gempa bumi di Kuamut

MASIUNG

Oleh: Yussof J. Imbang

TONGOD: Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah, meminta segera Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memasang sistem amaran awal gempa bumi yang berisiko di Kuamut susulan gempa lemah 3.3.pada skala Richter berlaku di kawasan itu, baru-baru ini.

Menurutnya, walaupun gempa itu tidak menimbulkan suasana penik di kalangan penduduk, tetapi pemasangan sinsor Seismik Automatik di kawasan berisiko di daerah Tongod perlu disegerakan kerana dikhuatiri berlaku gempa susulan yang lebih dasyat.

MetMalayisa wajar memasang pengesan awal gempa di daerah itu kerana Kuamut pernah digegarkan gempa Magnitud 3.6 skala Richter pada kedalaman 280 kilometer pada 17 Julai tahun ini.

Masiung telahpun mengarahkan Pegawai Daerah Tongod, Hadzlan Jablee untuk mengenal pasti kawasan terkesan, termasuk kemungkinan berlaku keretakan pada infrastruktur awam.

Bagaimanapun setakat ini katanya, belum ada laporan penuh diterima dari Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Kerja Raya dan Polis.

” Biasanya kejadian gempa akan berulang dan MetMalaysia harus mengambil tanggungjawab segera memasang sinsor pengesan awal gempa bumi di Kuamut sebelum bencana itu berulang dengan risiko yang besar, ” kata Masiung.

Pada 5 32 pagi tadi satu gema bumi lemah bermagnitud 3.3 pada skala Richter berlaku di Kuamut, Kinabatangan.

Menurut MetMalaysia pusat gempa dikesan pada koordibat 5.1 darjahUtata dan 116.8 darjah Timur.

Gempa bumi awal pagi ini berlaku pada kedalaman 118 km barat laut dari Tarakan, dan 34 km Indonesia dan 34 km barat daya dari Tongod.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN