Masiung ditemui media di SICC tengahari tadi.
Oleh: Yussof J. Imbang
KOTA KINABALU; Negeri Sabah dijangka layak memperolehi tambahan sehingga 13 kerusi Parlimen baharu berdasarkan nisbah bagi mengimbangi satu pertiga mewakili Sabah dan Sarawak.
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Masiung Banah berkata, jumlah itu perlu dibincangkan di peringkat kabinet negeri sebelum dilaksanakan secara rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Beliau menjangkakan akan berlaku pertambahan kerusi DUN bagi mengimbangi jumlah
kawasan Parlimen baharu yang bakal diwujudkan.
Masiung ditemui media sejurus hadir menyaksikan upacara menandatangani perjanjian antara Sedco Commanation Sdn Bhd (Scomm) dan tiga syarikat swasta di sini, tengahari ini.
Jika Sabah mendapat pertambahan 13 kerusi Parlimen bermakna akan menjadikan 38 kerusi berbanding 25 kerusi sekarang.
Pada masa ini Sabah mempunyai 73 kawasan DUN dan dijangka berlaku pertambahan antara 25 hingga 28 kerusi baharu.
Menurut Masiung, faktor geografi kedua-dua negeri wilayah Borneo meliputi kawasan terpencil di Pedalaman menuntut tambahan perwakilan lebih representif dan setara.
” Suara etnik menoriti jauh terpinggir di kawasan luar bandar memerlukan wakil seimbang sesuai perkembangan kemajuan negara.
” Jangkaan itu dilihat relevan bagi memastikan peruntukan pembangunan negeri dan Parlimen dapat diagih secara lebih mikro.
” Tumpuan harus diberikan kepada Sabah yang mempunyai kadar kemiskinan tertinggi di Malaysia seperti daerah Tongod, Beluran, Pitas, Kinabatangan, Kota Merudu, Tuaran, Ranau dan Lahad Datu.
ADUN Kuamut itu menjangkakan, pertambahan kerusi DUN dan Parlimen lebih banyak tertumpuh di kawasan Pantai Timur dan Pedalaman Atas.
Mengulas lanjut Masiung berkata, Tongod direkodkan berada di tempat teratas daerah paling luas di negeri ini diikuti Kinabatangan, Lahad Datu, Ranau, Beluran, Pensiangan dan Pedalaman Atas, di mana kawasan berkanaan berpotensi akan wujud tambahan kerusi baharu bagi DUN dan Parlimen.
Kerajaan Persekutuan bersetuju secara prinsip untuk memindah perlembagaan bagi membolehkan tambahan wakil Parlimen Sabah dan Sarawak sesuai dengan dasar di bawah Perjanjian Malaysia Malaysia 1963 ( MA63).
Pada majlis itu, Scomm menandatangani perjanjian kerjasama telekomanakasi antara Pusat Konvonsyen Antatabangsa (SICC) Kota Kinabalu, ITTC Penampang, Hyatt Regency dan U Mobile, Kota Kinabalu.
.



