ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 1000 peserta ternasuk pempamer riuhkan suasana BAF 2026

Muhammad Azmi ketika merasmikan BAF 2026

LABUAN: Lebih 1000 peserta dan pempamer dari pelusuk Borneo serta Semenanjung Malaysia meriuhkan suasana kehangatan Wilayah Persekutuan Labuan melalui program Borneo Art Festival (BAF) kali ke 13 yang berlangsung di Bangunan Ujana Kewangan Wilayah Persekutuan Labuan.

BAF anjuran Perbadanan Labuan (PL) yang didokong sepenuhnya oleh Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) menjadi wadah dalam memperluaskan jaringan budaya dan industri kreatif merentasi sempadan.

Ketua Pengarah JWP Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain ketika merasmikan BAF dipentas Dewan Konvensyen Ujana Kewangan pada Sabtu berkata, BAF yang disenaraikan sebagai acara utama di bawah kerangka kerjasama ekonomi BIMP-EAGA merupakan jambatan pertukaran seni budaya serantau.

Selain itu katanya, BAF dengan penambahbaikan yang dilakukan setiap tahun penganjuranya bukan saja mampu mengetengahkan kepelbagaian seni, budaya dan Warisan Borneo, tetapi BAF juga telah memberi manfaat kepada peningkatan sumbar ekonomi Labuan.

Jogethon yang menjadi acara baharu BAF

” Dipihak peserta dan pempamer ia menjadi platform dalam memperkenalkan hasil seni dan kraftangan serta memberi nilai tambah hasil karya, selain membuka ruang membina jaringan dengan penggiat industri kreatif dari negara jiran”, katanya.

Dalam waktu yang sama Muhamad Azmi menjelaskan penganjuran BAF adalah
selari dengan komitmen berterusan Jabatan Wilayah Persekutuandan Perbadanan Labuan untuk mentransformasikan Labuan sebagai destinasi pelancongan kebudayaan dan hab pelancongan acara (events based tourism) utama khususnya di rantau Borneo.

“Kita tidak mahu Labuan hanya dikenali sebagai pusat kewangan antarabangsa semata-mata, tetapi kita mahu Labuan dikenali dengan keistimewaan yang tersendiri dan juga sebagai Destinasi Pelancongan Seni, Budaya & Warisan yang dinamik, moden, dan mampan”, katanya.

BAF yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lepas menyediakan hadiah wang tunai berjumlah RM91,400 untuk empat acara utama pengisian BAF 2026 membabitkan Pertandingan Tarian Kreatif Borneo, Tingkah Geruh, Rekaan Fesyen Kostum Kreatif Malaysia dan Jogethon.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN