KENANGAN… Tun Musa (tengah) bergambar kenangan bersama Abang Johari (lima dari kiri) dan rombongan.
KOTA KINABALU : Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menerima kunjungan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Istana Seri Kinabalu, pada Jumaat.
Kunjungan berkenaan merupakan antara kunjungan rasmi Premier Sarawak dan rombongan beliau ke Sabah.
Terdahulu, Abang Johari turut menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia (MTPMA63) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).
Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman./Penerangan-



