Daneil bersama pemandu E-hailing yang menyetai program tersebut.
Labuan: Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan Program Penyerahan Jalur Gemilang Sempena Hari Malaysia 2026 bersama komuniti pemandu E-Hailing Maxim Service Bandar Labuan, di Dataran Labuan pada Khamis.
Majlis penyerahan Jalur Gemilang disempurnakan oleh Penolong Pengarah JAPEN Wilayah Persekutuan Labuan, Daniel Donni@Donny.
Turut diadakan pada majlis itu taklimat mengenai isu semasa dan inisiatif kerajaan serta sesi temu bual bersama pemandu E-hailing Maxim.
Program diakhiri dengan pemasangan Jalur Gemilang di kenderaan pemandu Maxim.
Daneil berkata program tersebut bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme serta kecintaan terhadap negara dalam kalangan pemandu e-hailing khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan.
Selain itu katanya, pemasangan Jalur Gemilang di kenderaan pemandu Maxim juga secara tidak langsung membolehkan pemandu e-hailing berperanan menyebarkan kemeriahan sambutan Hari Malaysia kepada masyarakat sepanjang menjalankan perkhidmatan di sekitar Labuan”, katanya ketika ditemui media
Jelas beliau lagi, pelaksanaan program ini mencerminkan kerjasama erat antara jabatan kerajaan dan komuniti e-hailing dalam memperkukuh penyampaian maklumat serta menyuburkan semangat cintakan negara.



