Anwar (dua dari kanan) menyantuni mangsa kebakaran Kampung Numbak.
KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengunjungi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Damai bagi menyantuni mangsa kebakaran di Kampung Numbak, pada Jumaat.
Beliau yang diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menerima taklimat ringkas daripada Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah berkenaan situasi kebakaran sejurus tiba di PPS.Anwar turut menyerahkan sumbangan khas berjumlah RM1,500 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat kebakaran, iaitu RM1,000 daripadaÂ
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan RM500 daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.
Beliau turut menyampaikan kotak makanan sumbangan NADMA sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Persekutuan kepada mangsa bencana.
Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia, Datuk Chan Foong Hin, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Zainudin Aman serta Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab./Penerangan–



