ADVERTISEMENTspot_img

Dua hari, dua juara: Hamiri, Julbbie Sani unggul kategori Gross

JUARA….Hamiri dan Julbbie menerima hadiah disampaikan Yusery


BONGAWAN: Hamiri Sani dan Julbbie Sani mencuri tumpuan pada Kejohanan Golf Santai Kelab Golf Mansau-Ansau Siri 3 apabila masing-masing mencatat keputusan terbaik dalam kategori Gross pada hari kedua dan pertama kejohanan dua hari di Artitaya Borneo Golf Country Club, di sini.

Pada saingan hari pertama, Julbbie muncul pemain terbaik kategori Gross dengan catatan 77 pukulan, diikuti Rosdie Ghani dengan 84 pukulan, manakala Hamiri di tempat ketiga dengan 85 pukulan.

Bagi kategori Nett pula, Al Hadzri Akamin mengungguli saingan dengan 68 pukulan, diikuti Azleey Sayun dengan 70 pukulan dan Imran Poumin di tempat ketiga dengan 72 pukulan.

Memasuki hari kedua, Hamiri bangkit memperkemaskan permainannya untuk merakam catatan terbaik kategori Gross dengan 78 pukulan, manakala Julbbie menduduki tempat kedua dengan 84 pukulan dan Imran Poumin ketiga dengan 87 pukulan.

Saingan kategori Nett pada hari kedua pula menyaksikan Azlee Sayun menampilkan prestasi lebih konsisten apabila mencatat 70 pukulan untuk muncul pemain terbaik, diikuti Isran Hadipin dengan 72 pukulan dan Al Hadzrie Akimin dengan 73 pukulan.

Keputusan berkenaan memperlihatkan persaingan sengit antara pemain, khususnya dalam usaha mengekalkan konsistensi pukulan dan kawalan permainan sepanjang dua hari kejohanan.

Turut mencuri perhatian ialah Aduka Jasnin Suman yang dinobatkan sebagai pemenang Wooden Spoon pada Hari Pertama dan Hari Kedua, menjadikan beliau antara pemain yang menceriakan suasana kejohanan dua hari itu.

TAHNIAH…Yusery meyampaikan hadiah kepada juara Nett….Al Hadzrie (hari pertama) dan Azlee (hari kedua)


Hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disampaikan Pegawai Daerah Membakut, Yusery Ismail yang juga Penaung kepada Kelab Golf Mansau-Ansau (KGMM).


Kejohanan itu bukan sahaja menjadi medan untuk menguji ketepatan pukulan, strategi dan konsistensi pemain, malah turut menyediakan ruang kepada ahli Kelab Golf Manansau-Ansau untuk berkumpul serta mengeratkan hubungan silaturahim.

Pengerusi Kelab Golf Manansau-Ansau, Zainurin Sahat, berkata penganjuran Siri 3 bertujuan menyediakan ruang kepada ahli kelab untuk terus aktif dalam sukan golf selain memperkukuh hubungan persahabatan sesama pemain.

Beliau berkata konsep kejohanan yang santai tidak bermakna aspek persaingan diketepikan, sebaliknya pemain tetap memberikan komitmen terbaik bagi mencatat keputusan masing-masing.

“Golf bukan sahaja mengenai siapa yang mencatat skor paling rendah, tetapi turut menekankan disiplin, kesabaran, kawalan emosi dan semangat kesukanan.

“Pada masa sama, kejohanan seperti ini memberi peluang kepada ahli kelab untuk berkumpul, bertukar pengalaman dan mengeratkan lagi hubungan persahabatan,” katanya.

Zainurin berkata sambutan terhadap Siri 1 sebelum ini amat menggalakkan dan pihak kelab berharap penganjuran siri seterusnya dapat diteruskan dengan penyertaan lebih ramai pemain.

Menurutnya, pendekatan itu penting bagi memastikan aktiviti golf terus berkembang sebagai sukan rekreasi yang bukan sahaja menyihatkan, malah mampu merapatkan komuniti serta membantu pemain meningkatkan tahap konsistensi dan daya saing.

Kejohanan selama dua hari itu turut menyaksikan beberapa pemain memperlihatkan peningkatan prestasi pada hari kedua, sekali gus menjadikan saingan kategori Gross dan Nett lebih kompetitif sehingga ke lubang terakhir.

Penganjuran Kelab Golf Manansau-Ansau Siri 3 membuktikan bahawa golf mampu menggabungkan elemen persaingan, kecergasan, disiplin dan persahabatan dalam suasana santai serta positif.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN