ADVERTISEMENTspot_img

Wanita mangsa Love Scam Kerugian RM112, 500

Supt. Wan Mohd.Firdaus

LABUAN:Seorang wanita tempatan berputih mata  kerugian RM112, 500.00 apabila menjadi mangsa penipuan ‘Love Scam” menerusi Aplikasi TikTok.

Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Wan Mohd. Firdaus Wan Zaki dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah berkenalan dengan seorang lelaki menerusi aplikasi TikTok yang memperkenalkan dirinya sebagai seorang juruterbang dari Amerika Syarikat.

Wanita berumur 30an itu kemudiannya menjalinkan hubungan percintaan dengan suspek secara dalam talian.

“Suspek seterusnya memaklumkan kepada mangsa bahawa beliau akan menghantar sebuah bungkusan (parcel) kepada mangsa.

” Pada 25 Ogos 2026, mangsa telah dihubungi oleh seorang individu yang memperkenalkan dirinya sebagai pengurus sebuah syarikat penghantaran dan mendakwa bungkusan tersebut telah ditahan di sempadan Singapura dan Malaysia dan seterusnya mangsa dikehendaki membuat beberapa bayaran bagi tujuan pelepasan bungkusan tersebut”, katanya.

Suspek juga turut mendakwa bungkusan berkenaan mengandungi wang tunai berjumlah USD447,000.

Wan Mphd. Firdaus berkata, terpedaya dengan helah tersebut, mangsa telah membuat beberapa transaksi pembayaran ke akaun bank yang yang keseluruhannya berjumlah RM112,500.00.

Bagaimanapun katanya, selepas pembayaran dibuat, mangsa mendapati suspek telah menyekat nombor telefonnya dan tidak lagi dapat dihubungi.

Mangsa kemudiannya tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Wan Mohd. Firdaus turut menasihatkan rang ramai supaya tidak mudah percaya dan tidak membuat sebarang pembayaran kepada individu yang tidak dikenali serta melakukan semakan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi kewangan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN