ADVERTISEMENTspot_img

𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐭𝐞𝐫𝐟𝐫𝐨𝐧𝐭 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐝𝐮𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐨𝐬 𝐚𝐬𝐚𝐥 𝐑𝐌𝟑𝟖 𝐣𝐮𝐭𝐚.

Pesisir Vitoria Habour projek asal Labuan Waterfront

LABUAN: Projek Labuan Waterftont yang pada asalnya akan dibangunkan disepanjang pesisir pantai Victoria Habour atau dulu dikenali sebagai kawasan Ujung Pasir kini projek itu diperluaskan pembinaanya dengan satu lagi lokasi terbaharu di Pesisir Pantai Negalang dengan nilai projek asal kekal RM38 juta.

Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Datuk Muhammad Azmi Mohd. Zain berkata, cadangan pembahagian kepada dua lokasi itu telah dikemukakan kepada Kementerian Ekonomi dan kini dalam peringkat akhir kelulusannya.

“Kedua dua lokasi projek ini akan dapat memberi tumpuan kepada eko pelancongan dan pembangunan rekreasi sekaligus akan melengkapi projek pesisir air di pulau ini”, katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis perasmian Bas Sekolah Wilayah Persekutuan Labuan di SMK Lajau, pada Jumaat.

Pada Oktober tahun lalu Kerajaan Persekutuan telah melulusksn peruntukan RM38 juta bagi projek Waterfront yang telah dicadangkan pembinaanya di pesisir Victoria Hobour bersebelahan bekas pasar basah Labuan.

Bagaimanapun projek itu disusun semula untuk pertimbangan yang kemudian telah dipersetujui di bahagi kepada dua komponen dengan menambah satu lagi lokasi baharu di pesisir pantai Negalang dengan kos kedua dua projek itu kekal RM38 juta.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN