ADVERTISEMENTspot_img

SUKMA XXII Sleangor 20216Pertemuan dengan Sarawak tentukan nasib pasukan bola sepak lelaki Sabah

Jurulatih bola sepak lelaki Sabah, Mohd. Faisal.

Oleh: Vitalis G.Bingkasan

KOTA KINABALU: Ia adalah perlawanan penentuan bagi pasukan bola sepak lelaki Sabah apabila menamatkan saingan peringkat Kumpulan A Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 menentang Sarawak di Stadium UKM, Bangi pada Khamis (13 Ogos).

Sabah berdepan situasi mesti menang selepas tewas 0-1 perlawanan pertama ditangan Terengganu pada Selasa (11 Ogos) manakala ia ada perlawanan pertama buat Sarawak dalam saingan peringkat Kumpulan A yang hanya melibatkan tiga pasukan itu.

“Kami mesti bangkit daripada kekalahan perlawanan pertama..kami tewas kepada Terengganu kerana kesilapan awal, tetapi kami menunjukkan peningkatan selepas itu,” kata ketua jurulatih Sabah, Mohd Faisal Ahmad.

Menurutnya, Sabah pasukan lebih baik pada separuh masa kedua walaupun dibarisi majoriti pemain Piala Presiden (bawah 20 tahun) manakala lawan diperkuatkan tujuh pemain bawah 21 tahun.

“Persembahan pada separuh masa kedua itu memberi kami motivasi untuk mendapatkan keputusan yang diinginkan menentang Sarawak. Saya yakin dan kami akan cuba memberikan yang terbaik,” kata Faisal.

Sebagai rekod, dua pasukan Borneo itu kali terakhir bertembung dalam saingan Liga Piala Presiden di Kuching musim ini di mana keputusannya berpihak kepada pasukan tuan rumah dengan 2-1.

Menurutnya, dalam perlawanan itu, Sabah juga pasukan yang lebih baik terutama pada separuh masa kedua dan beliau berharap pemain belajar dari perlawanan-perlawanan sebelum ini bagaimana memburu kemenangan.

Dengan dua pasukan teratas akan mara ke suku akhir, Terengganu kini dikedudukan baik untuk mara manakala satu tempat lagi akan menjadi rebutan antara Sabah dan Sarawak.

Sambil itu, pasukan wania Sabah pula dijadualkan memulakan cabaran menentang Selangor
untuk saingan Kumpulan A di Stadium Selayang pada Khamis.

Ia adalah pertembungan antara dua finalis SUKMA Sarawak 2024 di mana Selangor mencipta sejarah meraih pingat emas buat pertama kali selepas menewaskan Sabah yang juga pasukan pilihan kejohanan dengan keputusan 3-1.

Sementara itu, dua pingat emas pertama SUKMA XXII Selangor 2026 ditawarkan pada Rabu (13 Ogos) menerusi acara bola keranjang 3×3 lelaki dan wanita.

Beberapa acara sukan lain turut berlangsung pada Rabu tetapi kebanyakannya masih peringkat persaingan awal. -VGB

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN