ADVERTISEMENTspot_img

KPDN Labuan kompaun pengusaha kafe guna alat timbang digital yang tidak tentusahkan

Penguatkuasa mengeluarkan kompaun kepada pengusaha kafe berkenaan.

LABUAN:Seorang pengusaha kafe menerima padah selepas pihak penguatkuasa KPDN Wilayah Persekutuan mengeluarkan kompaun kerana melakukan kesalahan mengunakan alat timbang digital yang tidak ditentusahkan bagi tujuan perdagangan.

Pengarah KPDN Wilayah Persekutuan Labuan, Junaidah Arbain berkata pengusaha tersebut dikenakan kompaun dalam satu pemeriksaan menerusi Ops Tiris 4.0 yang dijalakan disekitar bandar Labuan pada Isnin.

Beliau menegaskan kesalahan menggunakan alat timbang yang tidak ditentusahkan bagi tujuan perdagangan merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 [Akta 71].

Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu katanya, KPDN Wilayah Persekutuan Labuan akan terus memperhebat aktiviti penguatkuasaan dan pemeriksaan secara berkala bagi memastikan setiap peniaga mematuhi peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Selain tindakan penguatkuasaan, sesi advokasi turut dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran peniaga mengenai tanggungjawab mematuhi kehendak perundangan, khususnya berkaitan penggunaan alat timbang dan sukat dalam urusan perdagangan”, jelasnya.

Junaidah turut menyeru semua peniaga agar memastikan alat timbang yang digunakan bagi tujuan perdagangan sentiasa mematuhi kehendak undang-undang sebelum digunakan dalam urus niaga.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN