ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 200 peserta ikuti Persidangan LICC 2026

Syahrul secara simbolik melancarkan LICC dan buku “Due Diligence and Compliance In Labuan IBFC” sambil disaksikan dif dif jemputuan yang hadir pada majlis itu.

LABUAN: Lebih 200 peserta melibatkan pegawai selia, pegawai pematuhan, pegawai perbankan dan pengamal undang undang mengikuti Persidangan Pematuhan Antarabangsa Labuan (LICC) 2026 yang berlangsung di Ujana Kewangan di sini, pada Selasa.

LICC memasuki tahun kedua ini telah dianjurkan
secara bersama Labuan Bank – Compliance Officers’ Networking Group (LB CONG), Association Labuan Bank (ALB) selaku penaja utama dan Labuan Investment Bank Association (LIBA) serta mendapat dokongan daripada Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA), Labuan International Insurance Association (LIIA) dan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

Persidangan yang Bertemakan “Due Diligence and Compliance: Navigating Global Uncertainty”, menjadi platform utama perkongsian ilmu dan jaringan profesional yang mempertemukan pelbagai pihak berkepentingan bagi membincangkan perkembangan terkini berkaitan pematuhan, tadbir urus, pencegahan pengubahan wang haram (AMLA), pengurusan risiko serta amalan terbaik dalam industri kewangan di Labuan International Business and Financial Centre (Labuan IBFC).

Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA), Syahrul Imran Mahadzir selaku tetamu kehormat.

Turut hadir, Pengerusi LB CHONG, Alvin Han,Pengerusi Asdociation Of Labuan Banks (ALB), Nor Rashidi Mohammad, wakil Labuan Investment Banks Association (LIBA), Elvin Mingel dan Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan, Universiti Malaysia Sabah (UMSKAL) Profesor Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal.

Syahrul ketika berucap menekankan kepentingan kerjasama erat antara badan pengawal selia, institusi kewangan, badan profesional dan institusi pengajian tinggi dalam memperkukuhkan budaya pematuhan serta memastikan Labuan IBFC terus kekal sebagai pusat kewangan antarabangsa yang berdaya saing dan diyakini di peringkat global.

Selain itu, persidangan juga bertujuan untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan, pembangunan profesional dan usaha kolektif bagi memperkukuh integriti, akauntabiliti dan daya tahan dalam sektor perkhidmatan kewangan di Labuan.

Turut diadakan pada persidangan kali ini ialah pelancaran rasmi buku ‘ Due Diligence and Compliance In Labuan IBFC” yang diterbitkan bersempena dengan persidangan ini.

Buku tersebut merupakan rujukan praktikal yang menghimpunkan panduan mengenai pendekatan berasaskan risiko, proses due diligence, tadbir urus organisasi, pemantauan dan pelaporan serta pematuhan peraturan dalam Labuan IBFC.

Buku tersebut merupakan hasil penulisan bersama Mr. Alvin Han , dan Profesor Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal, Cindy Koh dan Bong Lui Lu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN