PENERANGAN: Wong Jakol memberi kan ceramah pada kursus tersebut.
KENINGAU: Seramai 12 peserta menyertai Kursus Penanaman Rebung Madu yang diadakan baru-baru ini di Dewan Terbuka Kolam Legenda Aki Aki (KLAA), Kampung Sandapak, Bingkor.
Kursus anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Keningau itu bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah penanaman, penjagaan serta potensi rebung madu sebagai tanaman bernilai ekonomi yang mampu menjana pendapatan komuniti.
Program tersebut dikendalikan oleh Pengurus KLAA, Wong Jaikol Langkab, manakala Rodey Agut bertindak sebagai pegawai pengiring sepanjang kursus berlangsung.
Melalui penganjuran kursus ini, para peserta berpeluang memperoleh pengetahuan dan kemahiran praktikal bagi mengusahakan tanaman rebung madu secara lebih terancang, sekali gus membuka ruang kepada pembangunan ekonomi berasaskan pertanian dalam kalangan masyarakat luar bandar.



