KUALA PENYU: Persatuan Masyarakat Brunei Sabah Cawangan daerah Kuala Penyu menubuhkan 10 biro untuk melaksanakan program-program untuk tempoh tiga tahun akan datang iaitu 2026-2028.
Pembentukan biro- biro diputuskan di bilik Mesyuarat Masjid Nurul Hayat Pekan daerah di sini
baru-baru ini.
Mesyuarat itu di pemgerusikan oleh Abd.Wahid Matussin selaku Pengerusi PMBS Cawangan daerah ini sambil dibantu oleh Setiausahanya Mohammad Raffaee Hj.Bahrin.
Abd.Wahid berkata, ahli-ahli yang dipilih untuk menganggotai AJK Biro adalah mereka yang sudah lama didaftarkan dalam persatuan dan mempunyai pengalaman selama menganggotai persatuan tersebut.
Dalam mesyuarat itu 10 Ahli yang terdiri dari Ahli -ahli Persatuan PMBS telah dipilih untuk menganggotai Biro Persatuan Masyarakat Brunei Sabah.
Mereka yang dipilih ialah Ketua Biro Keahlian,Mohammad Raffae Hj.Bahrin, Biro Kebajikan dan Ziarah Hj.Mardan Dahlan, Biro Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan, Johal Ibrahim,Biro Pelancongan dan Industri, Hajah.Lis Halimah Hj.Ag.Kanak, Biro Belia dan Sukan, Mohd.Nor Marhan Abd Karim, Biro Agama dan Perayaan ,Saidin Akil, Biro Ekonomi dan Keusahawanan, Ali Hassan Hj.Ibrahim,Biro Kebudayaan dan Istiadat, Tuan Hj.Rani Hj.Abdullah, Biro Pendidikan,Puan Isnani Salmah Ag.Tengah,dan Biro Penjanaan Dana dan Penajaan, Abd.Wahid Matussin.
Abd Wahid berharap mereka- mereka yang dilantik dan diberikan amanah agar dapat menjalankan tugas sebaik mungkin.–KA.



