ADVERTISEMENTspot_img

Mansau Ansau Promosi Pelancongan Labuan ke Pantai Timur Semenanjung

Para pencipta kandungan (content creator) ketika menyusuri Gerbang Laut di Pantai Tanjung Kubung.

LABUAN: Program Sensation Labuan ShipWreck Dive dan Labuan Geopark Trail Fam Trip- Mansau Ansau VM2026 yang dianjurkan Tourism Malaysia Sabah/Labuan merupakan satu lagi usaha proaktif dalam mempromosikan Pelancongan Labuan kepada pelancong domestik khususnya di Pantai Timur Semenanjung.

Menerusi program itu Tourism Malaysia Sabah/Labuan baru baru ini telah membawa empat pencipta kandungan (content creator) dari Terengganu dan Pahang bagi meneroka tarikan pelancongan Labuan serta menghasilkan kandungan promosi menerusi platform digital.

Antara lokasi dikunjungi termasuk aktiviti menyelam kapal karam, muzium-muzium di Labuan, Chimney Trail, Gerbang Laut Pantai Tanjung Kubong, Perusahaan Ikan Bilis Salinang Maju Enterprise serta Galeri LAWA bagi melihat penghasilan kraf Batik Linut Labuan.

Pegawai Pelancongan Kanan Tourism Malaysia Labuan Sharon Kenny berkata, program itu diharap dapat memperkenalkan kepelbagaian produk pelancongan Labuan secara berterusan selain menggalakkan lebih ramai pelancong domestik memilih Wilayah Persekutuan Labuan sebagai destinasi percutian.

Inisiatif berkenaan turut menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 dalam memperkukuh promosi pelancongan negara.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN