ADVERTISEMENTspot_img

20 asnaf golongan nelayan terima agihan zakat MAIWP

Mohd Nizam menyerahkan bakul makanan kepada salah seorang nelayan asnaf di tengah lautan (photo MAIWP).

LABUAN: Seramai 20 asnaf yang terdiri daripada golongan nelayan di pulau ini menerima agihan wang zakat daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ).

Secara simboliknya majlis penyerahan bantuan zakat menerusii Skim Bantuan Nelayan itu telah diadakan ditengah laut sebagai tanda keprihatinan MAIWP terhadap para asnaf nelayan yang berkorban mengharungi samudera bagi memastikan sumber makanan di darat mencukupi.

Majlis penyerahan sumbangan berupa bakul makanan dan wang tunai itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk. Mohd Nizam Yahya.

Mohd Nizam berkata, program tersebut merupakan salah sagu program turun padang MAIWP menyantuni penerima di lokasi ketika meteka mencari rezeki.

“MAIWP cakna dengan keperluan asnaf di Labuan ini dalsm pelbagai aspek bukan sekafar ditengah dsrstsn tetspi juga turun ke bawah perairan” katanya.

Belisu betksys, inisiatif ini juga mencerminkan keprihatinan MAIWP terhadap kebajikan komuniti nelayan disamping mengukuhkan semangat kebersamaan dalam membantu golongan yang memerlukan.

Turut sama, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Dato’ Haji Zamani Ahmad Mansor dan Pengurus PPZ MAIWP Wilayah Persekutuan Labuan, Mohammad Haziq bin Abang Sapri.

Turut terlibat membantu melancarkan perjalanan program tersebut para pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Persekutuan Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN