SERAH KERTAS CADANGAN…Mohd Azmi (kiri) menyerahkan kertas cadangan kepada Datuk Mohd Hanafiah semasa kunjungan.
KOTA KINABALU: Pengarah Eksekutif Emas Sri Semantan Sdn Berhad, Encik Mohd.Azmi Bin Ismail telah membuat kunjungan terhadap Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah(Tugas-Tugas Khas) Datuk Mohd.Hanafiah Datuk Mohd Kassim baru-baru ini.
Kunjungan di Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri di Menara Kinabalu Likas itu bertujuan untuk menyerahkan Pelan Kertas Cadangan Strategik Pembangunan syarikat itu.

Pengarah Eksekutif Emas Sri Semantan diiringi oleh Awang Saleh,Awang Ismail dan Encik Budin semasa kunjungan itu.
Menurut Mohd Azmi antara projek yang akan dilaksanakan oleh syarikat bumiputera itu termasuklah Hub Industri,Pelancogan dan Pendidikan Emas Antarabangsa.
Beliau berkata kertas cadangan Pelan Pembangunan itu akan diserahkan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor oleh Datuk Mohd Hanafiah nanti.



