ADVERTISEMENTspot_img

MOHD FIRDAUS DINOBAT JUARA KESELURUHAN KEJOHANAN GOLF PENYELARAS KDCA RANAU 2026

Gambar kiri: Datuk Seri Panglima Dr.Joachim menyampaikan. Hadiah juara Open Nett kepada Khamirrol, manakala gambar tengah, Anita (Juara Ladies Gross) dan Imelda (Ladies Nett) menerima hadiah disampaikan Datuk Rusdin


RANAU: Mohd Firdaus Francis muncul juara keseluruhan Kejohanan Golf Penyelaras KDCA Ranau 2026 selepas mempamerkan aksi cemerlang untuk menamatkan saingan dengan 69 pukulan di Pasir Putih Golf Club (PPGC), di sini hari ini.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari bermula 20 Jun itu menghimpunkan penyertaan pemain golf dari pelbagai kategori, sekali gus menyerlahkan semangat kesukanan, persaingan sihat serta usaha memperkukuh hubungan silaturahim menerusi platform sukan.

Dalam kategori Open Nett, Khamirrol Juhailin muncul juara selepas mencatat 69 pukulan, diikuti Azlee Sayun di tempat kedua dengan 70 pukulan, manakala Narius Luis menduduki tempat ketiga dengan 71 pukulan.

Turut berada dalam kelompok terbaik ialah Yusak Gopog, Gopol @ Deimi Yangkui, Tuvin Siong dan Amran Marjun yang masing-masing mencatat 71 pukulan.

Bagi kategori Senior Nett, Mohd Imran Pomin menjuarai saingan dengan 71 pukulan, diikuti Simon Har di tempat kedua juga dengan 71 pukulan, manakala Jarius Titin menduduki tempat ketiga selepas merekodkan 72 pukulan.

JUARA..Dari kiri (Senior Gross), Haji Azmi, (Super Senior Gross) Jasli Haji Suratman dan (Super Senior Nett) Kohadie..Hadiah-hadiah disampaikan Datuk Jauteh

Dalam kategori Super Senior Nett, Koch @ Kohadie Watiman mengungguli saingan menerusi catatan 72 pukulan, mengatasi Haji Amran Muntu di tempat kedua dengan 73 pukulan dan Abdullah Keroon di tempat ketiga dengan 73 pukulan.

Sementara itu, bagi kategori Ladies Nett, Imelda Samin muncul juara dengan 76 pukulan, diikuti Datin Buhaseh Sakunir di tempat kedua dengan 79 pukulan, manakala Lucy Butit melengkapkan kedudukan tiga terbaik dengan 71 pukulan.

Kategori VIP Nett pula menyaksikan PPM Donis Sany menjuarai saingan selepas mencatat 71 pukulan, diikuti Datuk Jauteh bin Dikun di tempat kedua dengan 71 pukulan dan Adrian Alang di tempat ketiga, juga dengan 71 pukulan.

Bagi kategori Open Gross, Gaery Doupin menamatkan saingan sebagai juara dengan 77 pukulan, diikuti Victor Jarius di tempat kedua dengan 78 pukulan dan Saianin Amin di tempat ketiga dengan 81 pukulan. Turut mencabar dalam kategori itu ialah Rasidi @ Sidut Muhidi, Elik Akimin, Junairy Doupin dan Haili Salim.

Dalam kategori Senior Gross, Haji Azmi Ahmad merangkul kejuaraan dengan 77 pukulan, manakala Jassri Yussof menduduki tempat kedua dengan 81 pukulan dan Jupiri Titin di tempat ketiga dengan 82 pukulan.

Gambar kiri: PPM Donis (kanan) juara VIP Nett , menerima hadiah disampaikan Datuk Jauteh dan gambar kanan, Datuk Jauteh (kanan), naib juara VIP Nett, menerima hadiah disampaikan Daruk Rusdin.


Bagi kategori Super Senior Gross, Jasli Haji Suratman muncul juara dengan 90 pukulan, diikuti Barahim Taliban di tempat kedua dengan 93 pukulan, manakala Mairin Samad di tempat ketiga dengan 98 pukulan.

Kategori Ladies Gross pula dimenangi Anita Silan yang mencatat 81 pukulan, diikuti Amisdah Goupin dengan 93 pukulan dan Jack Hazlyne Zim di tempat ketiga dengan 101 pukulan.

Sementara itu, bagi kategori Invitee Nett, Haji Zainurin Sahat, Jackson dan Khairol Majide Kalimin masing-masing berkongsi kedudukan teratas selepas mencatat 72 pukulan.

Dalam acara sampingan, Victor Jarius, Jassri Yusof dan Jack Hazlyne Zim masing-masing memenangi hadiah Longest Drive, manakala Imelda Samin dinobatkan pemenang Bullseye Striker dengan catatan 1.5 inci. PPM Donis Sany pula memenangi Nearest to the Line, sementara Colley Salmoen meraih gelaran Target Drive di lubang 16 dengan catatan 59 inci.

Penganjuran kejohanan itu bukan sahaja menjadi medan mengasah bakat dan daya saing pemain golf tempatan, malah turut memperkukuh jaringan persahabatan, semangat perpaduan serta penglibatan aktif masyarakat dalam aktiviti sukan dan rekreasi anjuran KDCA Ranau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN