HAJI MOHD AMIN…Ketua Penerangan PMBS Pusat
KOTA KINABALU: Mesyuarat Agung Perwakilan 3 Tahun Persatuan Masyarakat Brunei Sabah bagi Sesi 2026-2028 akan diadakan pada Sabtu ini (13-6-2026) bermula jam 8 pagi di Dewan Saadah Majlis Ugama Islam Sabah.
Ketua Penerangan PMBS Pusat, Haji Mohd Amin Haji Muin berkata Presiden persatuan itu, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif akan merasmikan Mesyuarat Agung Tiga Tahun sekali itu.
Mohd Arifin yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Exco Agama Islam Sabah juga dijangka akan menghadiri Forum Budaya Etnik Masyarakat Brunei Sabah sebelum mesyuarat itu dilangsungkan.
Untuk AGM sesi ini kata Mohd Amin jawatan utama seperti Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden 1 tidak ada pertandingan apabila 31 dari 32 cawangan yang layak mengadakan AGM di cawangan-cawangan bermula dari 1 hingga 31 Mei lepas hanya mencalonkan Datuk Mohd Arifin sebagai Presiden, Datuk Hj Pg Saifuddin Hj Pg Tahir sebagai Timbalan Presiden dan Hj Pg Japar Hj Pg Osman kekal Naib Presiden 1.
Bagaimanapun kata beliau cawangan-cawangan PMBS Seluruh Sabah telah mencalonkan 20 ahli PMBS untuk merebut sembilan Ahli Jawatankuasa Pusat ( AJP).

TIGA Jawatan Utama Menang Tanpa Tanding, Mohd Arifin ( Presiden), Pg Saifuddin ( Timbalan Presiden) dan Pg Japar ( Naib Presiden 1).
Berikut ialah senarai calon yang akan bertanding merebut 9 AJP untuk Sesi 2026-2028 mengikut nombor pencalonan masing-masing.
- Ahmad Mohd Yaakub
- Ak Abdullah Salbi Bin Pg Basunih
- Ak. Alliyuddin Pg Ahmad Tajuddin @ Pg Alliyuddin
- Datuk Dr. Hj. Ag Saat Bin Hj. Ag. Damit
- Hajah Dr. Dg Hajijah Binti Awg Ali
- Hj Ag Damit @ Sahzain Bin Pg Hj Abd Razak
- Hj Ag Faizal Bin Datuk Hj Ag Sahak
- Hj Ampuan Abdul Wahab Bin Ampuan Hamzah
- Hj Latif @ Ahmad Bin Osman
- Hj Liman Bin Yusof
- Hj Suhaimi Hj Said
- Matnor Bin Abdullah
- Md Haizan Abd Rashid
- Hj Mohd Saidin Bin Ibrahim
- Nismah Ag Kanak
- Norlihan Binti Mohd Azman
- Pg Junaidi Bin Pg Tinggal
- Prof. Dr. Hj Rashid Hj Mail
- Zaidi Bin Hj Omar
- Zakariah Bin Hj Ibrahim.
Beliau berkata persiapan untuk mengadakan AGM ysng dijangka dihadiri oleh 300 perwakilan dan pemerhati ini sedang giat dijalankan.
Semasa AGM, lebih 10 gerai akan dibuka oleh cawangan-cawangan PMBS untuk memasarkan produk-produk ahli.



