ADVERTISEMENTspot_img

Program Kenduri Rakyat MADANI Perkukuh Penyampaian Maklumat Kerajaan

INGATAN… Jainisah (tiga dari kanan) menyaksikan Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik) JAPEN Malaysia, Rubaayah Osman (dua dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Mustapha (tengah).

KOTA KINABALU: Program Kenduri Rakyat MADANI menjadi platform penting dalam memperkukuh penyampaian maklumat kerajaan secara terus kepada masyarakat di peringkat akar umbi.


Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Sabah (JAPEN), Jainisah Mohd Noor berkata, program setelit khas di Kampung Talungan tersebut bukan sahaja mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat malah menjadi wadah untuk menyampaikan dasar, inisiatif serta bantuan kerajaan terus kepada kumpulan sasar.


Menurut beliau, pelbagai agensi kerajaan dan swasta turut berkolaborasi sepanjang program berlangsung sekali gus memperkasakan usaha pemasaran maklumat kerajaan kepada rakyat.


“Program ini juga menjadi platform untuk mendekati masyarakat melalui pendekatan mesra yang berkonsepkan semangat setiakawan dan kekeluargaan,” katanya ketuka berucap dalam program tersebut yang diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Kampung Talungan, Telipok, pada Sabtu. 


Beliau berkata, penganjuran program dalam kehangatan sambutan Bulan Kaamatan memberi peluang kepada pihak pengurusan jabatan dan agensi yang mengambil bahagian untuk turun padang dan bertemu secara langsung dengan pelbagai lapisan masyarakat di kawasan Sepanggar.


Program tersebut dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Sabah dengan kerjasama strategik Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dan dirasmikan oleh 

dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts Mustapha Sakmud. 
Katanya, antara pengisian utama program ialah Rewang Perdana melibatkan aktiviti gotong-royong menyediakan juadah, Mini Karnival Perkhidmatan Kerajaan, sesi temu mesra pemimpin bersama rakyat serta persembahan kebudayaan.


Program berkenaan turut mendapat kerjasama pelbagai agensi antaranya Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepanggar, Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Inanam, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Jabatan Pendaftaran Negara Sabah, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sabah, City University Malaysia dan beberapa agensi di bawah Kementerian Komunikasi./PENERANGAN

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN