Joyce Heng (kiri) beraksi sewaktu pertandingan berlangsung. 3. Penyelaras sukan mipulos (gusti tangan), Nesurey.
PENAMPANG: Sukan tradisi mipulos atau gusti tangan sempena Pesta Kaamatan peringkat Daerah Penampang tahun ini menyaksikan peningkatan penyertaan daripada golongan wanita.
Kehadiran jaguh gusti tangan negara, Joyce Heng Shu Xia, dalam kategori Woman Open menjadi tumpuan utama sekali gus membuktikan sukan lasak ini bukan lagi didominasi oleh kaum lelaki semata-mata.
Atlet bertaraf kebangsaan dan antarabangsa itu turut turun beraksi bagi memeriahkan lagi sambutan perayaan warisan ini selain menjadi inspirasi kepada peserta dan pengunjung yang hadir.
Kehadiran beliau bukan sahaja meningkatkan prestij pertandingan, malah berjaya mengubah persepsi masyarakat terhadap keupayaan wanita dalam sukan gusti tangan.
Ahli Jawatankuasa Penyelaras sukan mipulos, Nesurey Petrus Lojuyo
berharap agar pencapaian serta penglibatan aktif Joyce Heng dapat menjadi pemangkin dalam menarik lebih banyak penyertaan golongan wanita untuk menyertai sukan itu.
“Sukan mipulos diharapkan mampu melahirkan lebih banyak bakat baharu yang mampu mengharumkan nama daerah dan negara di persada dunia.
“Pesta Kaamatan bukan sekadar perayaan menuai, tetapi merupakan platform terbaik dalam memelihara dan mengangkat sukan tradisi ke tahap yang lebih tinggi serta inklusif untuk semua,” katanya ketika ditemui semasa Program
Sukan Tradisi sempena Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampangdi Buhavan Square, Donggongon di sini pada Sabtu./PENERANGAN–



