ADVERTISEMENTspot_img

JOACHIM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT OVERSEA CONCEPT LIGHTING

TERIMA KASIH….Joachim (tengah) menyampaikan cendera kenangan kepada wakil syarikat yang juga Pegawai Jualan dan Pemasaran Oversea Concept Lighting (M) Sdn Bhd, Sheila Yong.

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya Dan Utiliti Sabah, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, menerima kunjungan hormat syarikat Oversea Concept Lighting (M) Sdn Bhd di Bilik Mesyuarat Seri Lamag, Kementerian Kerja Raya Dan Utiliti (KKRU), di sini, hari ini.

Kunjungan tersebut bertujuan memperkenalkan syarikat serta berkongsi perkembangan teknologi dan solusi pencahayaan moden yang ditawarkan syarikat berkenaan.

Syarikat itu diwakili Pengurus Jualan Dan Pemasarannya, Sheila Yong.

Untuk rekod, Oversea Concept Lighting (M) Sdn Bhd berkait rapat dengan Oversea Lighting & Electric (M) Sdn Bhd (OLE), yang merupakan antara pengeluar lampu LED dan tiang lampu terkenal di Malaysia.

Antara teknologi dan produk yang diketengahkan termasuk penggunaan lampu LED, lampu solar serta sistem smart lighting bagi menyokong pembangunan infrastruktur yang lebih efisien, moden dan mesra alam.

Dalam sesi pertemuan tersebut, pelbagai perkara turut dibincangkan khususnya berkaitan potensi kerjasama serta penggunaan teknologi pencahayaan moden dalam meningkatkan kemudahan awam, keselamatan jalan raya dan kecekapan tenaga di Wilayah ini.

Joachim turut menghargai komitmen syarikat tempatan yang terus aktif menyumbang kepada pembangunan sektor infrastruktur dan utiliti negara melalui inovasi serta penggunaan teknologi terkini.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Cawangan Trafik Dan Pengangkutan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Muji Ampau, dan pegawai dari JKR.-ateng

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN