ADVERTISEMENTspot_img

Sera-Vian dinobat juara Unduk Ngadau peringkat Labuan 2026

Johan Unduk Ngadau Wilayah Persekutuan Labuan 2026, Sera bersama Wilfren (kanan) dan Kimberly.

LABUAN: Anak kelahiran Keningau, Sera-Vian Japrin, 25, dinobat Unduk Ngadau Kaamatan peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan, di sini pada Ahad lalu.

Sera yang bertugas sebagai jurutera menerima hadiah wang tunai RM4, 000 serta pelbagai hadiah sampingan selain akan mewakili Labuan ke peringkat Negeri Sabah yang akan di adakan di Dewan Hongkod Koisaan KDCA, Penampang hujung bulan ini.

Naib johan dimenangi oleh Welfrin Afrena Masambun, 23, berasal dari Pitas menerima hadiah wang tunai RM2,500 serta pelbagai hafiah sampingan lain.

Tempat ketiga di menangi oleh Kimberly Andrew, 22, menerima hadiah wang tunai RM1, 500 serta hadiah sampingan lain.

Pertandingan unduk Ngadau sempena Sambutan Pesta Kaamatan 2026 peringkat Labuan dianjurkan oleh KDCA Labuan .

Seramai 7 finalis bersaing untuk merebut galaran Ratu Unduk Ngadau peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

Terdahulu sebelum itu, majlis perasmian Sambutan Kaamatan peringkat Wilayah Persekutuan Labuan telah disempurnakan perasmiannya oleh Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Dr Jonnybone J. Kurum.

Sementara itu, majlis penyampaian hadiah masing masing disampaikan oleh penaja utama Unduk Ngadau, Lenn Mervin dari 99 Bar & Lounge, Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazan Dusun (KCCI) Labuan, Paul Ipoh Loiken dan Mait Majih.

Hadir sama, Pengerusi KDCA Wilayah Persekutuan Labuan, Sheiron Chang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN