ADVERTISEMENTspot_img

PDRM Ranau Anjur Fun Run & Ride Sempena Hari Polis Ke-219

Acara Fun Run dan Fun Ride semena Hari Polis di Ranau

RANAU: Sempena Peringatan Hari Polis Ke-219, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Bahagian Ranau menganjurkan acara Fun Run & Ride 2026 yang akan diadakan mengelilingi Pekan Ranau pada hari Sabtu (esok).

Ketua Polis Daerah Ranau, YDH Supt. Mursalin bin Mahmud berkata, acara tersebut akan bermula seawall jam 6 pagi, bermula (Flag Off) di Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau dan penamatnya juga di lokasi yang sama.

Menurut beliau, Fun Run (5 KM) akan melalui laluan & checkpoint dari IPD Ranau menuju ke Bomba Ranau dan seterusnya ke Bulatan Mikro – Jalan Kiaburi – Jalan Paka Dua (Checkpoint) – Jalan Kg Paka – Jalan Matan Kituntul – Hakka Food Court – JKR Ranau (Checkpoint Utama) – Dewan Masyarakat Ranau dan balik ke IPD Ranau (Penamat).

Sementara itu, katanya acara berbasikal Fun Ride sejauh 20 Kilometer pula akan melalui laluan & checkpoint dari IPD Ranau – Bulatan Marakau (Checkpoint) – Tanah Merah – KKB Jaya (Checkpoint berdekatan) – Bombon Kg Marakau – Jalan Matan – Jalan Ranau–Tambunan (Checkpoint) – Bulatan – Jalan Matan Kituntul – Bulatan Mikro (Checkpoint berdekatan) dan penamat di IPD Ranau.

Untuk acara Fun Ride, Checkpoint Utama adalah terletak di Bulatan Marakau,
Kawasan KKB Jaya / Taman Dahlia, Jalan Ranau–Tambunan (arah Minut Viewpoint) dan Laluan berhampiran Bulatan Mikro

Kepada pengguna jalan, Mursalin memberitahu bahawa laluan akan dikawal secara berperingkat oleh pihak keselamatan dan kemungkinan berlaku kesesakan lalu lintas sementara.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal atau menggunakan laluan alternatif. Sila patuhi arahan anggota bertugas sepanjang acara.

“Ayuh kita bersama menyokong gaya hidup sihat dan memperkukuh perpaduan komuniti! Keselamatan peserta dan orang awam adalah keutamaan kami.
Segala kerjasama daripada semua pihak amatlah dihargai,” kata beliau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN