ADVERTISEMENTspot_img

Remaja perempuan ditemui berlumuran darah di Penampang, polis buru suspek lelaki

Kelihatan anggota polis berada di sebuah rumah di Kampung Tuntuluk, Penampang, lokasi mangsa ditemui.

PENAMPANG: Polis mengesahkan menerima laporan mengenai seorang remaja perempuan yang ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di dalam tandas sebuah rumah di Kampung Tuntuluk di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang Supt. Sammy Newton berkata mangsa berusia 16 tahun dan bukan warganegara itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri serta mengalami kecederaan pada bahagian leher.

Beliau berkata mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

“Polis sedang mengesan seorang suspek lelaki berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan kes ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, kes masih dalam siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu pihak polis.

“Mereka boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Penampang ASP Hairie Awang Akub di talian 016-8032849,” katanya.

Sammy turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat palsu atau membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan serta mengganggu ketenteraman awam.

Katanya, perkembangan lanjut mengenai kes itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN