ADVERTISEMENTspot_img

Remaja Perempuan Dilapor Hilang di Penampang, Polis Mohon Bantuan Orang Ramai

PENAMPANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak 24 April lepas.

Mangsa dikenali sebagai Cealvina Jerry, berketurunan Dusun, dan kali terakhir dilihat berada di kawasan Pekan Donggongon, Penampang sebelum gagal dihubungi sehingga kini.

Menurut kenyataan polis, usaha pencarian telah dijalankan oleh ahli keluarga bersama pihak berkuasa, namun setakat ini mangsa masih belum ditemui.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan mangsa diminta tampil membantu dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Sarjan 140040 Nur Irdina Abdullah @ Julia Johari di talian 019-7299542 atau menghubungi IPD Penampang di talian 088-712222. Maklumat juga boleh disalurkan dengan hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Kerjasama dan keprihatinan orang ramai amat dihargai dalam membantu usaha mengesan mangsa.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN