ADVERTISEMENTspot_img

Syarikat Keyfield International Berhad teruskan program CSR di Labuan

Alimuddin (sebelah kanan banting) bersama penerima sumbangan

LABUAN: Keyfield International Berhad, di bawah kepimpinan Dato’ Kee Chit Huei, Executive Director / Group CEO, telah menganjurkan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Labuan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan syarikat dalam membantu komuniti setempat.

Melalui program ini, Keyfield International Berhad telah menyumbangkan duit raya serta barangan keperluan makanan harian kepada 50 keluarga asnaf dan golongan kurang berkemampuan dari Kampung Lubok Temiang dan Kampung Tanjung Kubong, Labuan.

Majlis tersebut telah diadakan di Masjid Al Muzakirrullah kg Lubok Temiang, Labuan, bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir sekitar jam 10.30 pagi. Program ini turut dibantu oleh Rossa Bumi.

Ucapan kata aluan telah disampaikan oleh wakil ketua Kampung, Encik Jeffry, yang turut merakamkan penghargaan kepada pihak Keyfield atas sumbangan dan keprihatinan terhadap masyarakat setempat.

Majlis ini turut dihadiri oleh wakil Keyfield International Berhad, Alimmudin dari Bahagian Operations & Logistics, yang menyampaikan sumbangan kepada para penerima.

Pihak Keyfield berharap agar bantuan yang diberikan ini dapat meringankan beban golongan yang memerlukan serta membantu mereka membuat persiapan menjelang Hari Raya.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan Keyfield International Berhad dalam menyokong komuniti dan menyemai nilai keprihatinan sosial dalam masyarakat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN