ADVERTISEMENTspot_img

Polis Rampas Syabu Bernilai RM1.29 Juta di Lobi Kondominium

SYABU….Supt.Sammy Newton (tengah) menunjukan syabu yang dirampas


PENAMPANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas dadah disyaki jenis syabu seberat 25,744.37 gram bernilai kira-kira RM1.29 juta dalam satu operasi di lobi sebuah kondominium di daerah ini, semalam.


Ketua Polis Daerah Penampang, Supt Sammy Newton berkata rampasan itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang pada 23 Februari lepas.


Beliau berkata hasil pemeriksaan ke atas empat kotak yang dirampas menemukan 24 paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur disyaki methamphetamine.


“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan dan menahan individu yang terlibat serta membongkar rangkaian pengedaran dadah berkenaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Menurutnya, IPD Penampang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada orang awam atas maklumat yang disalurkan sehingga membawa kepada kejayaan tersebut.


Orang ramai turut digesa agar terus bekerjasama dengan pihak polis dengan menyalurkan maklumat bagi memastikan daerah Penampang kekal selamat dan bebas daripada ancaman dadah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN