Chai Tze Khee (duduk tiga dari kanan) bersama anak anak yatim yang diraikan pada majlis tersebut.
LABUAN:Seramai 27 anak yatim dari Kompleks Darul Kifayah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan diraikan dalam Majlis Makan Malam Amal sempena Ramadan anjuran Tiara Labuan Hotel yang diadakan di restoran hotel berkenaan di sini pada malam Isnin.
Selain diraikan anak anak yatim berkenaam turut menerima duit raya dan ‘goodies’ raya yang disampaikan oleh Pengurus Besar Tiara Labuan Hotel, Chai Tze Khee.
Sementara itu Pengerusi Bahagian Tanggung Jawab Sosial (CSR) Tiara Labuan Hotel, Nur’Ain Osman berkata majlis ini bukan sekadar perkongsian juadah berbuka, tetapi merupakan simbol kasih sayang, keprihatinan dan tanggungjawab sosial pihak pengurusan hotel untuk menggembirakan anak-anak yatim serta menyemai nilai kemanusiaan dalam masyarakat.
“Semoga majlis ini memberi sinar kegembiraan kepada insan yang kurang bernasib baik ini”, katanya ketika berucap pada majlis itu.



