PU Faiz krtika menyampaikan bagi ceramah di majlis dakwah itu.- KA.
KUALA PENYU: Lebih 200 umat Islam yang terdiri dari jemaah Muslimin dan Muslimat hadir untuk mendengar Kuliah Magrib Khas yang disampaikan oleh penceramah bebas PU Faiz di sini pada malam Jumaat.
Beliau menyampaikan ceramah
bertajuk Asas Akidah Orang Islam yang diadakan di Masjid Nurhidayah Kg.Palu-Palu.
Program anjuran dakwah ini dianjurkan bersama bersama Persatuan Kebajikan Sahabat Dakwah Sabah dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Nurhidayah Kg.Palu-Palu dan Kumpulan Rukun Tetangga di kampung itu.

Hj Mardan dan jemaah lain khusus mendengar ceramah yang disampaikan.
PU Faiz yang juga Mudir Maahad Rumi Sufi Jawi dalam intipati ceramahnya mengingatkan umat Islam agar memngetahui dan memahami Asas- Asas Akidah Islam.
Beliau berkata untuk mencapai matlamat ini umat Islam hendaklah sering menghadiri atau mendengar kulih- kulih agama dari penceramah yang bertauliah di mana saja.
Turut hadir bersama bagi menjayakan Ceramah khas itu Pengerusi Masjid Nurhidayah Kg.Palu, Hj.Mardan Dahlan, Pengerusi-Pengerusi Surau yang terdapat di daerah Kuala Penyu, para jemaah dari Masjid Pekan dan juga AJK Masjid Nurhidayah Kg.Palu-Palu serta penduduk Kampung.
Sehubungan itu,Hj.Mardan selaku Pengerusi Masjid Nurhidayah Kg.Palu-Palu menyampaikan ucapan jutaan terima kasih kepada Mudir PU Faiz dan rombongan yang sudi datang untuk memberikan Ceramah Agama dalam Program Kembara Dakwah bersama yang diadakan di Masjid tersebut.-KA



