ADVERTISEMENTspot_img

𝐉𝐁𝐏𝐌 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐑𝐌 𝟕. 𝟐 𝐣𝐮𝐭𝐚 𝐬𝐞𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬.

Abdul Rahman (empat dari kanan) bersama orang awam yang menerima sijil penghargaan pada majlis tersebut.

𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍:𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐨𝐦𝐛𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐉𝐁𝐏𝐌) 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢 𝐡𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐮𝐦𝐥𝐚𝐡 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐑𝐌𝟕 𝐣𝐮𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐣𝐮𝐦𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐫𝐮𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐑𝐌 𝟖, 𝟎𝟐𝟓,𝟐𝟔𝟏,𝟗𝟓 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐞𝐬 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬.

Pengarah JBPM Wilayah
Persekutuan Labuan, Abdul Rahman Ali berkata, untuk tempoh yang sama pihaknya telah menerima sebanyak 624 panggilan membabitkan 133 panggilan kebakaran, 472 panggilan penyelamatan dan 18 panggilan untuk tugas tugas khas.

” Sepanjang tahun 2025 JBPM Labuan juga telah mengambil lima tindakan undang undang membabitkan 18 pertuduhan atas kesalahan melanggar undang undang kebakaran dengan kutipan denda sebanyak RM38, 000, serta mengeluarkan dua kompaun atas kesalahan menghalang dan menggangu pili bomba” , katanya kepada media selepas berucap pada Majlis Perbarisan Tahunan dan Kempen Kebakaran JBPM Labuan di perkarangan Balai Bomba Sentral di sini pada Khamis.

Beliau berkata sebanyak 499 aktiviti Kempen Kesedaran Kebakaran telah berjaya dilaksanakan sepanjang tahun lalu membabitkan 74,153 peserta.

Menyentuh mengenai sasaran program Keselamatan di Air, beliau menjelaskan pada tahun ini JBPM Labuan telah menyasarkan 300 peserta baharu dengan visi melatih sehingga 1000 individu dalam tempoh lima tahun.

Pada tahun lalu pihaknya telah berjaya melatih 275 peserta.

Pada majlis itu beliau turut menyerahkan geran peruntukan berjumlah keseluruhan RM 12,500 kepada lima Pasukan Bomba Sukarela (PBS) melibatkan PBS Lubok Temiang, Tanjung Aru, Kerupang/Negalang, Sungai Keling dan Gersik/Saguking.

Turut diadakan majlis pemakaian tanda pangkat kepada dua anggota bomba yang dinaikan pangkat serta penyampaian sijil penghargaan kepada orang awam dan pengamal media.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN