24 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Januari 31, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Polis Tahan Lelaki Disyaki Curi Kabel Telekom

DITAHAN…Suspek yang berjaya ditangkap polis IPD Penampang



PENAMPANG: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun yang disyaki terlibat dalam kes khianat dan kecurian kabel telekom, selepas cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis dalam satu kejadian di sekitar Donggongon, di sini, petang semalam.


Ketua Polis Daerah Penampang berkata suspek diberkas hasil maklumat awam yang membawa kepada pengesanan sebuah kenderaan mencurigakan oleh sepasukan Unit Peronda Polis (MPV) daripada Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK).


“Ketika diarahkan berhenti untuk pemeriksaan, suspek bertindak melarikan diri sehingga berlaku kejar-mengejar dari kawasan Kobusak ke Bundusan sebelum kenderaan dipandunya terbabas dan merempuh sebuah premis perniagaan di Jalan Yue Min,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Menurut beliau, suspek kemudiannya melarikan diri secara berjalan kaki namun berjaya diberkas tidak lama kemudian oleh pihak polis.


Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan suspek, polis merampas segulung kabel wayar tembaga, sebuah bateri kenderaan serta kenderaan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah tersebut.


“Siasatan juga mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan hasil saringan air kencing terkini menunjukkan suspek positif dadah,” katanya.


Kes disiasat mengikut peruntukan undang-undang sedia ada dan suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut.


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN