24 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Januari 31, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

𝐊𝐏𝐃𝐍 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐦𝐩𝐚𝐬 𝟑𝟐 𝐭𝐨𝐧𝐠 𝐆𝐏𝐂 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐦𝐢𝐭

Pegawai Penguatkuasa KPDN Labuan ketika membuat serbuan keatas premis ysng menyimpan GPC tanpa permit.

𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍: 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐠𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐬 𝐒𝐚𝐫𝐚 𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩 (𝐊𝐏𝐃𝐍) 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐦𝐩𝐚𝐬 𝟑𝟐 𝐭𝐨𝐧𝐠 𝐠𝐚𝐬 𝐩𝐞𝐭𝐫𝐨𝐥𝐞𝐮𝐦 𝐜𝐞𝐜𝐚𝐢𝐫 (𝐆𝐏𝐂) 𝐩𝐞𝐥𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐬𝐚𝐢𝐳 𝐛𝐞𝐫𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐑𝐌𝟒,𝟎𝟎𝟎.𝟎𝟎 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐦𝐢𝐭 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐤𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐮𝐥𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐊𝐏𝐃𝐍.

Pengarah KPDN Wilayah Persekutuan Labuan, Junaidah Arbain berkata rampasan tersebut dilakukan dalam satu serbuan terhadap sebuah premis tidak berdaftar di pinggir bandar Labuan.

Beliau berkata serbuan dijalankan hasil maklumat dan risikan Unit Perisikan KPDN Labuan keatas premis berkenaan yang sebelum ini disyaki terlibat menjalakan aktiviti transaksi keluar masuk tong gas petroleum cecair berisi yang mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan oleh penguatkuasa telah menemui sebanyak 32 tong GPC berisi dalam pelbagai saiz yang disimpan tanpa kebenaran.

“Pemeriksaan lanjut mendapati pemilik premis gagal mengemukakan permit berkaitan pemilikan dan penyimpanan barang kawalan berjadual” katanya dalam satu kenyataan disini pada Isnin.

Susulan penemuan itu, KPDN Labuan menyita kesemua tong berkenaan, bagi tujuan siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).

Junaidah menegaskan mana-mana individu atau syarikat yang menjalankan urus niaga melibatkan barang kawalan berjadual, khususnya barangan bersubsidi, perlu mematuhi peruntukan undang-undang dan syarat pelesenan yang ditetapkan.

“Tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar perundangan berkuat kuasa”, katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN