ADVERTISEMENTspot_img

Sambutan 23 Tahun Gereja St Sebastian Marakau Meriah

Jonathan menyampaikan hadiah kepada salah seorang pengunjung di majlis itu

RANAU: Majlis Sambutan Ulang Tahun ke 23 Gereja Katolik St Sebastian, Marakau berjalan dengan meriah dengan kehadiran ratusan pengunjung termasuk para pemimpin masyarakat tempatan.


Acara yang disambut pada hari Ahad itu diceriakan lagi dengan kehadiran Rev Fr Abel Madisang, Rev Fr Lasius Gantis, Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin, ADUN Paginatan, Datuk Rusdin Riman dan lain-lain.


Turut hadir adalah ratusan penduduk setempat di kawasan sekitar Kg Marakau yang juga terdiri daripada pelbagai golongan lapisan masyarakat dari latarbelakang, fahaman dan agama.


Majlis sambutan ulang tahun tersebut diserikan dengan pengisian seperti acara pemotongan kek, cabutan tiket bertuah, acara tarian, nyanyian dan jamuan makanan termasuk hidangan tradisional.


Program yang merupakan acara tahunan itu diadakan bagi memperingati penubuhan Gereja Katolik St Sebastian, Marakau oleh komuniti terdahulu lebih dua dekad yang lalu.


Gereja Katolik St. Sebastian, Marakau merupakan sebuah chapel Katolik yang melayani komuniti tempatan dan terletak lebih kurang 5 kilometer dari Pekan Ranau.


Ia berfungsi sebagai tempat ibadat bagi umat Katolik di kawasan Marakau, dengan aktiviti komuniti seperti ziarah rosari di Puncak Kasih Bonda, yang sering diadakan oleh umat di chapel ini.


Selain memberi ruang kepada pemimpin gereja bersuai kenal dengan para umat di sini, acara tersebut juga mampu menyemai nilai-nilai perpaduan, cinta kasih dan sikap saling peduli antara satu sama lain.


Aktiviti seperti ini dapat menjalin keakraban penganut dari berlainan agama dan mengekalkan keharmonian dalam masyarakat majmuk yang menjadi simbol perpaduan yang kukuh di kalangan penduduk Sabah, khususnya di daerah Ranau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN