ADVERTISEMENTspot_img

PGRS TANJUNG ARU PRIHATIN TERHADAP MANGSA RUMAH ROBOH

Dr. Ritchie Jay Cheng menyampaikan sumbangan kepada mangsa kejadian rumah roboh di Kampung Tanjung Aru Lama.

TANJUNG ARU, 24 OKTOBER 2025 —
Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Tanjung Aru menzahirkan keprihatinan terhadap nasib sebuah keluarga di Kampung Tanjung Aru Lama yang terjejas akibat kejadian rumah roboh berhampiran Masjid Al-Kauthar semalam.

Pasukan sukarelawan PGRS Tanjung Aru yang diketuai oleh Dr. Ritchie Jay Cheng, bersama Ketua Kampung Tanjung Aru Lama, segera turun padang menyalurkan bantuan berupa pek makanan serta sokongan moral kepada keluarga mangsa yang mengalami kecederaan dan kerosakan kediaman.

Menurut Dr. Ritchie, tindakan pantas itu mencerminkan semangat kebersamaan dan tanggungjawab sosial PGRS dalam membantu masyarakat setempat yang ditimpa musibah, seiring dengan aspirasi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

“Kami amat bersimpati dengan nasib keluarga yang terjejas dan akan terus menyalurkan bantuan sewajarnya. PGRS Tanjung Aru komited untuk hadir bersama rakyat ketika diperlukan, tanpa mengira masa atau keadaan,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan.

PGRS Tanjung Aru akan terus bekerjasama dengan kepimpinan kampung dan agensi berkaitan bagi memastikan aspek keselamatan serta kebajikan penduduk di kawasan berkenaan terus dipantau dari semasa ke semasa.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN