Para belia yang mengikuti program itu sempat mengabadikan kenangan bersama Datuk Masidi dan Amisah
RANAU: Program Sinergi Aspirasi Belia melbatkan pelajar-pelajar tingkatan enam daripada SMK Mat Salleh Ranau yang diadakan di sini berjaya memberikan inspirasi serta motivasi kepada para peserta untuk lebih maju dalam pembelajaran mereka.
Program yang turut dijayakan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Hj Masidi Manjun dan Adun Lantikan Datuk Amisah Yassin itu cukup memberikan impak yang positif kepada semua peserta.
Ahli Belia Paginatan Adib Moin memberitahu, program yang diadakan di Arena Belia KBS pada Sabtu lalu itu merupakan peluang keemasan pagi para belia yang terlibat mengambil iktibar dari pengalaman berharga pemimpin kesayangan mereka.
Dalam program ini, para pelajar diberi peluang untuk sesi soal jawab bersama Masidi, di mana beliau yang juga Adun Karanaan sempat berkongsi cerita pengalaman berharga sepanjang kariernya.
Dalam program itu, turut diadakan sesi perkongsian daripada barisan Ahli Dewan Belia Sabah dengan tema ‘Belia Cemerlang & Belia Teladan’.
Amisah juga berpeluang menyampaikan nasihat dan kata-kata semangat kepada pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan STPM nanti.
Selain daripada itu, pelajar diberi taklimat mengenai bantuan biasiswa yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk pelajar yang mahu mendapatkan bantuan yang ketika melanjutkan di kolej universiti IPTA/S.



