ADVERTISEMENTspot_img

KKM perkasa Wellness Hub untuk tingkatkan Kesedaran Budaya Hidup Sihat Masyarakat

Simbolik…. Lukanisman (tengah) bersama Ismoni ( kiri sekali) dan Frsncis ( kanan sekali) ketika merasmikan program Karnival Labuan Sihat di Ujana Kewangan.

LABUAN:Kementerian Kesihatan (KKM) terus komited dalam memastikan anjakan paradigma dari “Sick Care” ke “Health Care” bagi mencapai hasrat Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) selari dengan nilai MADANI iaitu Kemampanan, Kesejahteraan dan Ihsan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata demikian ketika merasmikan Program Karnival Labuan Sihat Sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera di Ujana Kewangan pada Ahad.

Beliau berkata Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) merupakan langkah usaha untuk meningkatkan kesedaran dan penglibatan masyarakat dalam pembudayaan gaya hidup sihat, khususnya di Labuan.

KKM telah melaksanakan pelbagai usaha untik membudayakan amalan itu dan meningkatkan literasi kesihatan.

Katanya kerajaan MADANI dibawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memandang serius isu kesihatan di negara ini.

Beliau berkata, hasil kajian National Health and Mornidity Survey (NHMS) 2023, Labuan masih berdepan cabaran kesihatan iaitu tidak aktif fizikal, berat badan berlebihan, menghidap diabetes dan hipertensi, paras kolesterol tinggi serta isu kesihatan mental remaja.

Jelasnya, peruntukan yang disalurkan untuk kesihatan awam setiap tahun meningkat terutamanya dalam memperkasa dan memperluaskan fungsi “Wellness Hub” serta perlaksanaan program-program intervensi.

“Melalui karnival bulan sihat Wellness Hub ini kita sekurang-kurangnya dapat menurunkan kadar previlance dan juga insyaALLAH kadar melalui peruntukkan-peruntukkan yang meningkat ini akan kita guna pakai bagi membantu rakyat Malaysia untuk mencapai satu kesihatan yang lebih baik.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM Dr. Ismuni Bohari dan Pengarah Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan Dr. Francis Paul.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN