ADVERTISEMENTspot_img

Kejohanan Bola Tampar Mix D Semarakkan Semangat Belia

KENANGAN..Jackson (berdiri enam dari kanan) bergambar bersama penganjur dan sebahagian pemain

KUNDASANG: Kejohanan Bola Tampar Mix D yang berlangsung di Gelanggang Kg. Lembah Permai, Kundasang berjaya menarik penyertaan 15 pasukan yang terdiri daripada peminat sukan bola tampar sekitar kawasan itu termasuk pasukan jemputan.

Pegawai Perhubungan Parlimen P.179 Ranau, Tuan Jackson Musi yang hadir bersama rakan-rakan belia Kundasang berkata, kejohanan tersebut bukan sahaja menjadi medan untuk mencungkil bakat baharu dalam sukan bola tampar, malah turut berperanan memperkukuh hubungan silaturahim serta semangat kebersamaan masyarakat setempat.

“Penganjuran seperti ini wajar diteruskan kerana selain memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan belia, ia juga menyatukan komuniti melalui aktiviti riadah yang sihat dan berfaedah,” katanya ketika berucap merasmikan kejohanan itu.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Belia Tinagas Daerah Ranau, turut merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada jawatankuasa penganjur serta semua pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan berkenaan.

“Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan kejohanan ini. Semoga ia menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan dan kita dapat bertemu lagi pada penganjuran seterusnya,” tambahnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN