ADVERTISEMENTspot_img

KPM arah Pengetua, Warden SMKA Tun Datu Mustapha ditempatkan sementara di JPN Sabah


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil langkah drastik dengan menempatkan sementara Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) serta semua warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sehingga siasatan pihak polis berhubung kematian pelajar, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, selesai sepenuhnya.

Dalam kenyataan malam ini, KPM memaklumkan keputusan itu dibuat susulan pengumuman Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa Pasukan Petugas Khas Bukit Aman kini mengambil alih siasatan kes berprofil tinggi tersl“KPM akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dilaksanakan secara menyeluruh, teliti dan tuntas. Kes ini adalah keutamaan KPM pada masa ini,” tegas kenyataan itu.


Kementerian turut menzahirkan harapan agar proses siasatan dapat dijalankan secara telus demi mendapatkan keadilan untuk keluarga mangsa serta semua pihak yang terlibat.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, pada 17 Julai lalu, sehari selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolah tersebut kira-kira jam 4 pagi.

Kematian pelajar Tingkatan Satu itu mengundang perhatian meluas selepas timbul dakwaan berlaku insiden buli melibatkan pelajar senior di sekolah berkenaan.

Jumaat lalu, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan kubur Allahyarham digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan, selepas mendapati terdapat keperluan untuk siasatan lanjut oleh PDRM.

Susulan itu, pada 9 Ogos, kubur Zara di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang, dibuka semula sebelum jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk proses bedah siasat. Allahyarham kemudian dikebumikan semula di tanah perkuburan sama pada awal pagi Ahad.


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN