ADVERTISEMENTspot_img

KMJG Singgah di Tugu Perang Dunia Kedua Keningau

Jainisah merakamkan kenangan bersama masyarakat yang hadir pada program berkenaan.

KENINGAU: Lokasi hentian Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) di Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua di sini disifatkan amat signifikan bagi menghargai pengorbanan pejuang terdahulu yang sanggup menggadai nyawa demi kebebasan negara.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri, Jainisah Mohd Noor berkata, hentian berkenaan bertujuan mendalami sejarah penjajahan dan pengorbanan yang mengorbankan nyawa, sekali gus mengingatkan masyarakat akan makna kemerdekaan yang wajar dihargai.

“Apabila penjajahan berlaku, rakyat akan hidup dalam kesengsaraan dan pengorbanan nyawa diperlukan untuk mendapatkan kebebasan. Dengan persinggahan konvoi KMJG buat pertama kali di tugu ini, diharap dapat membangkitkan semangat kebangsaan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Hakka Keningau, Wong Ah Mok, menzahirkan penghargaan kepada Jabatan Penerangan kerana memilih tugu tersebut sebagai destinasi KMJG 2025.

Presiden Persatuan Sze Yi Keningau, Datuk Peter Ma, pula menyifatkan pilihan itu sebagai langkah baik bagi memupuk perpaduan rakyat Sabah.

Tugu peringatan tersebut dibina selepas Perang Dunia Kedua oleh masyarakat Cina Keningau bagi mengenang jasa Konsul Jeneral China di Sandakan, Cho Huan Lai, dan empat lagi mangsa yang dibunuh askar Jepun pada 6 Julai 1945.-

Oleh : Javier Hosteen

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN