ADVERTISEMENTspot_img

Polis Sahkan Kubur Zara Qairina Akan Digali Semula Untuk Bedah Siasat

Kenyataan Media PDRM hari ini

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan kubur Allahyarhamah Zara Qairina akan digali semula bagi membolehkan bedah siasat dijalankan untuk mendapatkan maklumat dan bukti tambahan berhubung siasatan kes kematian pelajar berusia 13 tahun itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu berkata, langkah itu diambil selepas laporan siasatan yang dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) telah diteliti dan dinilai, sebelum AGC memutuskan bahawa proses penggalian semula diperlukan.

Menurutnya, prosedur penggalian semula dan bedah siasat akan dilaksanakan dengan segera berpandukan Seksyen 331 dan Seksyen 335 Kanun Tatacara Jenayah.

“PDRM menegaskan bahawa keadilan akan sentiasa ditegakkan dan setiap siasatan dilakukan mengikut lunas undang-undang, berdasarkan fakta dan keterangan yang diperoleh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan menyeluruh sedang giat dijalankan dan kertas siasatan akan dirujuk semula kepada AGC dalam masa terdekat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN