ADVERTISEMENTspot_img

ZON TRUSMADI DAN ZON BANDAR WAKIL KENINGAU KE KARNIVAL PRA PERINGKAT NEGERI DI TAWAU: JOHARI

Oleh: Francis Andin

KENINGAU : Sekolah Kebangsaan (SK) Sinulihan yang mewakili Zon Trusmadi dalam pertandingan kategori Pentas Boneka dan SK Patikang Laut yang mewakili Zon Bandar dalam kategori Tarian Rakyat, masing-masing muncul juara dalam Karnival Kecemerlangan Pendidikan Murid Pra Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Keningau yang berlangsung di dewan SK Luagan dekat sini.

Manakala tempat kedua bagi dua kategori yang sama disandang SK Merampong dan SK Bingkor dan tempat ketiga disandang oleh Pra sekolah IPGM Keningau dan SK Bunga Raya . Dalam karnival itu sebanyak 8 Zon menghantar wakil bagi memilih pasukan bagi kategori Pentas Boneka dan tarian rakyat ke Peringkat Negeri di Tawau bulan depan.

Sementara itu, berucap merasmikan karnival tersebut Pegawai Pendidikan Daerah Keningau, Johari Jaibet Sabin berkata, dalam memperkasakan pra sekolah sebagai aset pendidikan awal kanak-kanak, bakat serta kemahiran sedia murid wajar digilap lebih awal bagi memastikan muird yang bakal melanjutkan dalam peringkat perdana terus dapat diasah, seterusnya mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang terutama akadeik dan non akademik.

“ Selaras dengan seruan kerajaan yang terus memberi perhatian terhadap pendidikan awal kanak-kanak sejak peringkat pra sekolah sudah tentu kepelbagaian program yang melibatkan kanak-kanak akan dapat menyediakan generasi murid yang cemerlang dalam pelbagai aspek dan mampu memberi tenaga mahir kepada negara suatu ketika kelak”katanya.

Johan Kategori Pentas Boneka SK Sinulihan Baru Zon TrusMadi Keningau

Justeru katanya kerjasama baik guru dan ibubapa dalam memastikan kanak-kanak mendapat pendidikan sejak awal lagi amat diharapkan bagi memastikan kanak-kanak seawal usia 5-6 tahun mendapat tempat dalam pendidikan di pra sekolah.

Dalam pada itu, Penolong Pegawai Pendidikan Unit Pra sekolah Rosabella Lombut berkata inisiatif mengadakan pelbagai program diperingkat daerah antara lain untuk mencungkil kemanjadian murid daripada pelbagai kemahiran dari semua pra sekolah didaerah ini untuk dipilih sebagai murid pra sekolah yang akan diketengahkan diperingkat yang lebih tinggi melalui penyertaan dalam pertandingan merangkumi bidang akademik, permainan dan kebudayaan.

Majlis dimeriahkan lagi dengan penyampaian hadiah dan cenderahati , persembahan seni nyayian, kebudayaan murid pra sekolah. Hadir sama semua Guru Besar, Guru Pra sekolah dan Pembantu Pengurusan Murid Pra Dearah Keningau.-Ends

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN