ADVERTISEMENTspot_img

TFAL tingkatkan kemudahan pengguna dengan menyediakan kios francais.

Azhar menurunkan tandatangan pada plak sebagai simbolik perasmian francais Ai-Chai dan Pak Kopi sambil disaksikan Noor Halim (kiri sekali)

LABUAN: Terminal Feri Antarabangsa Labuan (TFAL) yang dikendalikan operasinya oleh LDA Holding terus berusaha meningkatkan kemudahannya kepada pengguna yang keluar masuk di terminal itu.

Terbaharu TFAL telah melancarkan pembukaan serentak dua kios Francais Ai-Cha dan Pak Kopi yang secara tidak langsung telah memberi manfaat kepada pengguna khususnya kepada penumpang feri dan bot laju penumpang yang berlepas ke tanah besar Sabah dan Sarawak dan juga Brunei Darussalam.

Majlis perasmian kedua dua kios itu disempurnakan oleh Pengerusi LDA Holding, Azhar Othman mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Mohd Sukuran Taib.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif LDA Holding, Noor Halim Datuk Zaini, Pengurus Ai-Cha, Bakir Brakan dan Pengurus Pak Kopi, Michelle Chin.

Azhar yang juga Pengerusi BIMP-EAGA majlis perniagaan (BEBC) Wilayah Persekutuan Labuan yakin
peniagaan yang baru di buka ini akan dapat membantu meningkatkan perkhidmatan TFAL bukan sahaja dalam kontek keselesaan pengguna tetapi juga dalam menyediakan makanan dan minuman segera yang lebih teratur dan berkualiti.

Sementara itu, Noor Halim yang komited dalam meningkatkan keberkesanan pengoperasian TFAL yakin perniagaan dua kios francais Ai-Cha dan Pak Kopi di terminal ini akan melonjakkan lagi ekonomi TFAL, selain memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

” Kami juga akan menyewakan kawasan seluas lebih 7000 kaki persegi lot di aras satu TFAL kepada peniaga yang berrminat dalam industri francais”, katanya.

Jelas Noor Halim, kedudukan TFAL yang sangat strategik di pusat bandar memberi kelebihan kepada pengusaha francais untuk menjalankan perniagaan di TFAL.

Pihak operator TFAL juga memberi kemudahan kenderaan pengunjung untuk masuk ke kawasan terminal percuma untuk tempoh masa 20 minit yang pertama dan ini memberi peluang kepada pengemar makanan francais seperti Ai-Cha dan Pak Kopi untuk membeli tanpa dikenakan bayaran tambahan.

“LDA Holding meramalkan penguna di TFAL pada tahun ini akan meningkat kepada 620,000 penumpang berbanding kepada hampir 900 000 penumpang sebelum era covid 19” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN