Para peserta kursus ditunjukkan demonstrasi amali BLS oleh para fasilitator
RANAU: Seramai 50 orang kakitangan klinikal dari Pejabat Kesihatan Kawa san (PKK) Tuaran telah menyertai Kursus Basic Life Support (BLS) yang julung kali dianjurkan oleh pihak kesihatan awam di daerah Tuaran.
Kursus ini berlangsung selama dua hari, bermula 29 hingga 30 Julai 2025, bertempat di Bangunan Persekutuan Daerah, Ranau.
Program anjuran PKK Tuaran ini bertujuan untuk memantapkan tahap kemahiran BLS dalam kalangan kakitangan klinikal yang terdiri daripada pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan dan jururawat dari tiga daerah iaitu Tuaran, Ranau dan Kota Belud.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Ranau, Dr Wong Yoke Kong, dan diselaraskan oleh Penolong Pegawai Perubatan Kanan PKK Tuaran, Paul Maison , dengan kerjasama semua fasilitator BLS PKK Tuaran.

Dr Wong (tengah), Paul, Dr Flecia dan lain-lain dalam Kursus BLS pertama kakitangan klinikal Daerah Tuaran itu
Aktiviti kursus dimulakan dengan ceramah garis panduan BLS oleh Pakar Perubatan Keluarga merangkap pengajar bertauliah BLS PKK Tuaran, Dr Flecia Kundayis, diikuti dengan demonstrasi amali BLS oleh para fasilitator.
Kursus ini menandakan permulaan penting ke arah pemantapan kecekapan rawatan kecemasan di peringkat penjagaan kesihatan primer.
Pihak penganjur merancang untuk meneruskan penganjuran kursus seumpama ini secara lebih giat pada masa akan datang, demi meningkatkan kesiapsiagaan dan keberkesanan intervensi kecemasan dalam kalangan petugas kesihatan.



