ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan Panambangan juara Kejohanan Bolasepak Tertutup Veteran Ex Army 2025

Pasukan Panambangan bersama hadiah kemenangan mereka mengabadikan kenangan bersama Datuk Jonathan Yasin dan lain-lain


RANAU: Pasukan Panambangan muncul juara bagi Kejohanan Bolasepak Tertutup Veteran Ex Army 2025 sekaligus menjulang Piala Datuk Jonathan Yasin yang diadakan di Padang Pekan Ranau baru-baru ini.


Pasukan Panambangan menjadi johan selepas menang dalam perlawan terakhir menewaskan MM FT dengan jaringan 1-0 oleh pemain Rimin Kasim, justeru memungut mata terbanyak, iaitu 31 mata.
Dengan kemenangan itu, Pasukan Panambangan membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000, Piala Datuk Jonathan Yasin, sebuah trofi dan medal.


Pasukan Panambangan yang bermain 11 Kali itu telah mencapai 10 Kali menang dan 1 seri, sekaligus melayakkan pasukan itu dinobatkan sebagai Pasukan Terbaik, di samping Penjaga Gol Terbaik iaitu Albert Tugun juga dari Pasukan Panambangan.

Romzie (kanan) bersama Penjaga Gol terbaik yang hanya mendapat 4 bolos sepanjang pertandingan

Dalam kejohanan itu, Pasukan Sugud Region muncul Naib Johan dengan 29 mata dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM3,000 beserta trofi dan medal.
Manakala di tempat ketiga pula dimenangi oleh Pasukan Kundasang yang memungut 25 mata, dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM2,000 beserta trofi dan medal.


Sebanyak 12 pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan itu, dan upacara penutupan dan penyampaian hadiah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.


Turut hadir, Pengerusi Pasukan Ranau Clasico, Romzie @ Likad Muhamad, Unit Kesejahteraan Rakyat N38 Paginatan, Ivan Mario Benedict, Unit Kesejahteraan Rakyat Kundasang, Jackson Musi, kakitangan Pejabat Parlimen Ranau, dan lain-lain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN